Belanjawan Marhaen 2018 Negeri Pulau Pinang

Belanjawan Marhaen 2018 Negeri Pulau Pinang

Selain dasar-dasar kebajikan sedia ada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ketua Menteri Pulau Pinang juga telah mengumumkan beberapa dasar baru.

Antara 10 Dasar Baru Belanjawan Marhaen 2018 Negeri Pulau Pinang ialah:

1) Kad Pintar “I Love Penang” untuk mencapai pelbagai kemudahan dan faedah sosial di negeri Pulau Pinang.

2) RM300 setahun untuk khidmat doktor swasta percuma untuk isi rumah berpendapatan bawah RM5,000 sebulan.

3) RM300 setahun untuk ibu berkerjaya dengan cahaya mata berusia 6 tahun ke bawah.

4) Bas percuma di seluruh negeri pada waktu puncak.

5) Pemberian Penghargaan Warga Emas ditingkatkan daripada RM100 kepada RM130.

6) Pemberian kepada OKU ditingkatkan daripada RM100 kepada RM130.

7) RM300 kepada pelajar tahun pertama sekolah vokasional.

8) Kelas pengekodan komputer percuma kepada 118,000 anak negeri Pulau Pinang.

9) Pengecualian semua lesen penjaja dan pemberian kanopi “I Love Penang” percuma kepada penjaja tempat terbuka.

10) Bonus RM2,000 kepada penjawat awam Pulau Pinang, RM300 kepada guru sekolah agama, KAFA, sekolah menengah persendirian Cina, RM200 kepada guru Tahfiz, sekolah pondok dan tadika Islam.

Kenyataan penuh : https://goo.gl/v37Yhk

Sebarkan!

Belanjawan Marhaen Pulau Pinang, belanjawan untuk yang ramai.

#ILovePenang
#Harapan
#UntukNegeriKita

By | 2017-11-03T07:10:36+00:00 November 3rd, 2017|Media Statements|Comments Off on Belanjawan Marhaen 2018 Negeri Pulau Pinang

About the Author: