Berita terkini kutipan derma Tabung Bencana Taufan dan Banjir Pulau Pinang.

Selepas 64 jam dilancarkan, kutipan derma telah diterima sebanyak RM5,132,320.87 setakat jam 10 pagi, 8 Nov 2017.

Kami berasa terharu dan berbesar hati kerana jumlah wang yang dikutip adalah tinggi, menunjukkan keprihatinan dan solidariti rakyat Malaysia terhadap rakyat Pulau Pinang.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada mereka yang menyumbang dan terus memberi kepercayaan kepada DAP Pulau Pinang bagi membantu menangani kesan daripada bencana ini.

Kutipan derma akan diteruskan sehingga 15 Nov 2017.

Wang derma tersebut akan disalurkan sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk tujuan berkenaan bencana taufan dan banjir yang dihadapi oleh negeri Pulau Pinang baru-baru ini.

By | 2017-11-08T04:08:49+00:00 November 8th, 2017|Media Statements|Comments Off on Berita terkini kutipan derma Tabung Bencana Taufan dan Banjir Pulau Pinang.

About the Author: