FAKTA: Jabatan Alam Sekitar MELULUSKAN projek berdekatan kawasan sekitar kuari di Tanjong Bunga termasuk Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR).

Projek rumah mampu milik pemaju swasta Tanjong Bunga berada pada jarak 715m daripada tapak letupan kuari.

Projek ini mendapat kelulusan 18 jabatan teknikal di bawah Kerajaan Negeri dan Pusat termasuk Jabatan Mineral dan Geosains yang bertanggungjawab terhadap perkara berkaitan kuari, termasuk aspek keselamatan dan bencana.

Jabatan ini adalah di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Bantahan Jabatan Alam Sekitar terhadap projek tersebut telah dipertimbangkan semula pihak-pihak bertanggungjawab lain berdasarkan faktor-faktor kelulusan projek terdahulu, cth. Kolej TAR yang mempunyai jarak lebih dekat dengan tapak letupan kuari iaitu hanya 589m, NAMUN telah diluluskan oleh JAS.

Pembangkang TIDAK PERLU mempolitikkan tragedi ini. Suruhanjaya Siasatan Negeri akan menjalankan siasatan menyeluruh dan tindakan tegas akan diambil.

Kenyataan penuh MBPP berhubung isu ini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1521029047973103&id=824716250937723

#SebarFakta

By | 2017-10-23T12:27:23+00:00 October 23rd, 2017|Media Statements|Comments Off on FAKTA: Jabatan Alam Sekitar MELULUSKAN projek berdekatan kawasan sekitar kuari di Tanjong Bunga termasuk Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR).

About the Author: