Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 26.7.2017 di Komtar, George Town

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Akan Menjemput Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad Untuk Membincangkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Beserta Tambahan 10 Langkah Integriti di Komtar pada hari Jumaat ini, 28 Julai 2017.

 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menjemput Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad untuk membincangkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan tambahan 10 langkah integriti di Komtar pada hari Jumaat ini, 28 Julai 2017.

 

Pulau Pinang tidak menyedari bahawa Kerajaan Negeri perlu menghubungi SPRM, dan bukan hanya menunggu daripada SPRM, sebagaimana yang dilakukan antara agensi kerajaan. Mengapa SPRM tidak hanya memaklumkan kepada kami, melalui telefon atau e-mel tanpa sebarang paksaan, yang kami boleh memilih atau tidak untuk menyertai inisiatif secara “sukarela” kepada SPRM untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR)?

 

Saya telah berbincang dengan ahli-ahli EXCO saya dan mereka telah bersetuju untuk menandatangani IBR dan tambahan 10 langkah integriti pada hari Jumaat ini, dengan syarat ia termasuk 10 langkah integriti Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini menunjukkan keikhlasan dan komitmen Kerajaan Negeri dalam memerangi rasuah serta tidak membenarkan perkara ini dimanipulasikan oleh media BN untuk membunuh Pulau Pinang dengan politik.

 

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai masalah untuk menandatangani IBR ini secara sukarela. IBR dan tambahan 10 langkah integriti ini akan ditandatangani pada 28 Julai oleh semua anggota pentadbiran Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Pulau Pinang.

 

10 langkah integriti tersebut termasuklah mengamalkan pentadbiran yang berlandaskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus), melaksanakan tender terbuka yang kompetitif dan menginstitusikan pengisytiharan harta secara terbuka oleh Ketua Menteri, barisan EXCO dan ADUN-ADUN. Ahli pentadbiran dilarang daripada mendapat kelulusan permohonan tanah Kerajaan Negeri, ahli keluarga juga tidak dibenarkan untuk melibatkan diri dalam kontrak Kerajaan atau berurusniaga dengan Kerajaan dan mereka juga tidak dibenarkan untuk menerima ‘donation’ peribadi. Akhir sekali, perlindungan sepenuhnya mesti diberikan kepada pemberi maklumat atau peniup wisel yang tulen, tindakan perlu diambil ke atas pemimpin yang hidup mewah melebihi pendapatan rasminya dan telus dalam sumbangan politik.

 

SPRM boleh menganjurkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) untuk kami atau melakukannya bersama-sama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

 

LIM GUAN ENG

By | 2017-07-27T03:09:47+00:00 July 27th, 2017|Uncategorized|Comments Off on Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 26.7.2017 di Komtar, George Town

About the Author: