Kenyataan media oleh Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying di Georgetown pada hari Isnin, 6hb November 2017

Dalam 48 jam yang lepas, warga Pulau Pinang telah bertungkus lumus membantu antara satu sama lain bagi mengatasi krisis banjir yang teruk.

Terima kasih kepada penderma yang memberi sumbangan makanan.

Tinjauan atas tapak mendapati bekalan makanan sudah mencukupi.

Kami sekarang ingin menyeru untuk bantuan seperti berikut:

1. Alatan pembersihan (Jet air, peralatan pembersihan, hos air, penyapu berus, sarung tangan, penyodok dll)

2. Lori dan kenderaan berat untuk membersihkan sampah sarap dan dahan-dahan pokok tumbang

3. Sukarelawan untuk membantu dalam pembersihan kesan banjir terutamanya rumah yang terjejas

4. Wang tunai

Orang awam yang ingin menderma kepada Tabung Bencana Taufan dan Banjir Pulau Pinang boleh mengemukakan cek di atas nama DAP Penang di No.3, Jalan Rangoon, Georgetown atau deposit ke akaun:

DAP Penang
Maybank 5070-1301-4596

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 04-2288 482.

Semua dana yang terkumpul akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk diagihkan.

Kita akan memulih, membangun dan bangkit bersama. Pulau Pinang, kita akan mengharunginya bersama.

Lim Hui Ying

By | 2017-11-06T06:58:58+00:00 November 6th, 2017|Media Statements|Comments Off on Kenyataan media oleh Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying di Georgetown pada hari Isnin, 6hb November 2017

About the Author: