Kenyataan Media Pakatan Harapan Pulau Pinang pada 27-7-2017 di George Town, Pulau Pinang

Sejajar dengan penubuhan pimpinan Pakatan Harapan peringkat Nasional pada 13-7-2017, Majlis Kepimpinan Pakatan Harapan Pulau Pinang telah bermesyuarat pada 23-7-2017 dengan mengalu-alukan tambahan komponen parti yang terbaru iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sekarang Pakatan Harapan Pulau Pinang mempunyai 4 komponen parti iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Dalam mesyuarat Pakatan Harapan Pulau Pinang yang pertama tersebut, telah dibincangkan tentang memperkukuhkan struktur Pakatan Harapan untuk bersiap sedia terhadap Pilihanraya Umum yang akan datang.

Mesyuarat tersebut telah mengambil ketetapan untuk Struktur Organisasi Pakatan Harapan Pulau Pinang:

Pengerusi:

Sdr Lim Guan Eng

Timbalan Pengerusi:

Dato’ Mansor bin Haji Othman

Sdr Chow Kon Yeow

Dato’ Mujahid binYusuf

Tuan Haji Marzuki bin Yahya

Setiausaha:

Sdr Wong Hon Wai

Bendahari:

Sdr Jagdeep Singh Deo

Ketua Penerangan:

Dr. Afif bin Bahardin

Pengerusi J/K Manifesto:

Sdr Chow Kon Yeow

Pengarah Jentera Pilihanraya:

Dato’ Mustafa Kamal

Ketua Pemuda Harapan P.Pg:

Dr. Afif bin Bahardin

Ketua Wanita Harapan P.Pg:

Sdri Lim Siew Khim

 

Satu Konvensyen Pakatan Harapan juga akan dirancang pada 24 September 2017 di Seberang Perai Arena.

Dengan penubuhan Pakatan Harapan Pulau Pinang, Majlis Kepimpinan akan memastikan keempat-empat komponen parti berusaha untuk ke matlamat kekalkan Pulau Pinang dan tawan Putrajaya dengan menumbangkan Barisan Nasional di peringkat nasional.

Kami menyeru rakyat Pulau Pinang dan Malaysia bersama kami untuk mencipta sejarah dan membawa perubahan kepada pemerintahan negara kami.

 

Lim Guan Eng

Dato’ Mansor bin Haji Othman

Chow Kon Yeow

Dato’ Mujahid binYusuf

Tuan Haji Marzuki bin Yahya

By | 2017-07-27T11:19:11+00:00 July 27th, 2017|Media Statements|Comments Off on Kenyataan Media Pakatan Harapan Pulau Pinang pada 27-7-2017 di George Town, Pulau Pinang

About the Author: