Kenyataan Media YAB Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 2.7.2017

Kesan kemorosotan ekonomi Malaysia dan tanda-tanda bahawa risikonya untuk Pulau Pinang yang makin meruncing dapat dilihat melalui statistik yang diperolehi daripada Kementerian Kerja Raya berhubung jumlah dan nilai projek pembinaan dalam pelbagai sub-sektor pembinaan. Industri pembinaan ialah di antara tulang belakang pembangunan ekonomi Pulau Pinang, turut menerima tempias daripada kemelesetan ekonomi ekoran pelaksanaan GST dan skandal kewangan 1MDB. 

Statistik sektor pembinaan, di Pulau Pinang menunjukkan projek pembinaan berkurangan sebanyak 28 projek bagi tempoh 2015 dan 2016. Pada tahun 2015, sebanyak 540 projek telah dilaksanakan berbanding 512 projek bagi tahun 2016 di mana nilai projek juga telah menurun dari RM8.3 bilion pada tahun 2015 kepada RM8.2 bilion pada tahun 2016. Sungguhpun tidak banyak perbezaan dari segi nilai, penurunan adalah lebih ketara untuk sub-sektor kediaman dan bukan kediaman yang jatuh dengan mendadak. Hanya suntikan dana daripada Kerajaan dalam sub-sektor kemudahan sosial dan infrastruktur dapat menyelamatkan keadaan (lihat rajah di bawah)

Kategori

2015

2016

Bil

Nilai (RM b)

Bil

Nilai (RM b)

Kediaman

164

4.4

164

2.9

Bukan Kediaman

195

2.4

162

1.9

Kemudahan Sosial

52

0.1

41

0.7

Infrastruktur

129

1.4

145

2.7

Jumlah

540

8.3

512

8.2

(Statistik CIDB [Construction Industry Development Board] jumlah dan nilai projek di Pulau Pinang)

Nilai projek kediaman telah kurang sebanyak 51% atau RM1.5 bilion di mana pada tahun 2015 nilai projek pembinaan yang dicatatkan adalah RM4.4 bilion berbanding dengan tahun 2016 sebanyak RM2.9 bilion. Pada masa yang sama, pengurangan juga turut berlaku bagi projek bukan kediaman di mana bagi tahun 2015 nilai projek yang direkodkan adalah RM2.4 bilion yang jatuh 20% atau RM0.5 bilion pada tahun 2016 kepada RM 1.9 bilion. Hanya pelaburan tambahan oleh kerajaan dalam sub-sektor kemudahan sosial, yang naik 6 kali ganda daripada 0.1 bilion dalam 2015 kepada 0.7 bilion pada 2016, dan untuk sub-sektor infrastruktur yang naik 92% daripada RM1.4 bilion pada 2015 kepada RM2.7 bilion pada 2016, telah berjaya menyelamatkan keadaan.

Faktor utama kemerosotan sektor kediamaan dan bukan kediamaan adalah ekonomi negara yang tidak menentu. Pertumbuhan ekonomi merundum, defisit keyakinan dan kredibiliti terhadap pengurusan kewangan kerajaan pusat menyebabkan kemerosotan dalam pelaburan oleh pihak swasta dalam sektor pembinaan.

Kerajaan Persekutuan perlu menyelesaikan skandal kewangan 1MDB dan menghapuskan GST untuk memulihkan keyakinan pihak swasta untuk terus melabur dalam sektor pembinaan.

LIM GUAN ENG

===================================

By | 2017-07-14T12:26:01+00:00 July 5th, 2017|Media Statements|Comments Off on Kenyataan Media YAB Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 2.7.2017

About the Author: