PEMBERIAN WANG IHSAN RM700 SECARA “ONE-OFF” DI BAWAH PROGRAM “PULAU PINANG BANGKIT”

Kerajaan Negeri telah mengumumkan program “Pulau Pinang Bangkit” yang melibatkan peruntukan RM105 juta dalam membantu pemulihan dan pembinaan semula kehidupan rakyat pasca bencana angin ribut kencang dan banjir terburuk dalam sejarah Negeri Pulau Pinang.

Di bawah Program “Pulau Pinang Bangkit”, Kerajaan Negeri akan membayar wang ihsan sebanyak RM700 secara “one-off” kepada setiap keluarga mangsa banjir. Sungguhpun pemberian wang ihsan ini tidak seberapa, pemberian ini adalah paling besar dibayar oleh mana-mana Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan. Ianya membuktikan bahawa Kerajaan Negeri sememangnya merupakan sebuah Kerajaan berjiwa rakyat, dengan berkongsikan hasil yang ada untuk meringankan beban rakyat.

Kerajaan Negeri mampu membayar wang ihsan ini hasil daripada pentadbiran CAT; Cekap, Akauntabel dan Telus serta kepimpinan bersih yang mampu memberikan dividen “anti-rasuah” kepada rakyat. Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang baru diumumkan, Pulau Pinang mengekalkan rekod cemerlang mencatat lebihan/keuntungan setiap tahun dengan keuntungan sebanyak RM89.2 juta bagi 2016. Selain itu, hutang negeri telah dikurangkan sebanyak 90% kepada RM68 juta pada akhir 2016, iaitu hutang Kerajaan Negeri yang terendah di Malaysia.

Pada masa yang sama, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah bersetuju untuk mengecualikan Surcaj Konservasi Air (Water Conservation Surcharge) untuk pengguna domestik selama dua (2) bulan. Diskaun air sebanyak 50% juga akan diberikan kepada pengguna domestik, manakala diskaun 25% diberikan kepada pengguna komersil. Diskaun ini adalah untuk tempoh dua (2) bulan di mana salah satu (1) bulan tersebut adalah November 2017.

Kerajaan Negeri juga melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan memberikan diskaun cukai pintu sebanyak 10% bagi semua hartanah untuk 2018. Pemilik rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan rumah kampung tidak perlu membayar cukai pintu dengan diberikan pengecualian istimewa sebanyak 100% untuk 2018. Bagi Seberang Perai, pengecualian cukai pintu turut diberikan ke atas skim kediaman bersaiz 700 kaki persegi (luas asal) dan ke bawah dengan harga jualan oleh pemaju sebanyak RM72,500 dan ke bawah. Di samping itu, dokumen-dokumen Kerajaan Negeri seperti geran tanah yang hilang atau rosak akibat banjir akan digantikan dengan percuma.

Setakat 6 Disember 2017, seramai 51,226 orang telah membuat permohonan bagi pemberian wang ihsan RM700 secara “one-off” iaitu 5,139 orang daripada Daerah Barat Daya; 9,323 orang daripada Daerah Timur Laut; 1,289 orang daripada Daerah Seberang Perai Selatan; 19,870 orang daripada Daerah Seberang Perai Tengah dan 15,605 orang daripada Daerah Seberang Perai Utara.

Pemohon boleh memilih agar wang bantuan dikreditkan terus ke dalam akaun bank mereka, atau memilih untuk hadir sendiri ke majlis pemberian wang ihsan RM700 secara “one-off” yang dijadualkan pada 16 Disember 2017. Lokasi dan masa bagi majlis pemberian wang ihsan ini adalah seperti di lampiran.

Sehingga 6 Disember 2017, seramai 45,082 orang pemohon telah memilih untuk menerima bayaran dikreditkan terus ke dalam akaun bank, berbanding dengan 6,144 orang pemohon yang memilih untuk dibayar tunai. Bagi pemohon yang memilih untuk wang ihsan tersebut dikreditkan terus ke dalam akaun bank mereka, wang ihsan tersebut akan turut dikreditkan pada tarikh yang sama iaitu 16 Disember 2017.

Kerajaan Negeri ingin memohon maaf sekiranya berlaku sebarang kelemahan atau kekurangan dalam urusan bencana banjir dan angin ribut kencang. Marilah kita semua teruskan perpaduan dan kerjasama rapat, saling bantu-membantu antara satu sama lain, agar Pulau Pinang yang telah bangkit daripada musibah ini boleh menjadi lebih kuat dan maju pada masa depan.

Lokasi Dan Masa Bagi Majlis Pemberian Wang Ihsan RM700 Secara One-Off 

 

Bil.

 

 

Daerah

 

Masa

 

Lokasi

1.

Timur Laut

 

 

 

 

 

 

 

_____________

Peringkat 1:

9.00 pagi

 

Peringkat 2:

11.30 pagi

 

Peringkat 3:

1.30 petang

_________________ 

Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR

 

 

 

 

 

 

 

____________________

2.

Barat Daya

Peringkat 1:

9.30 pagi

 

Peringkat 2:

11.30 pagi

 

Peringkat 3:

1.30 petang

 

Pejabat Daerah & Tanah Barat Daya,
Balik Pulau

 

3.

Seberang Perai Utara

Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Utara, Bertam, Kepala Batas

 

4.

Seberang Perai Tengah

Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Tengah, Jalan Betik, Sungai Rambai, Bukit Mertajam

 

5.

Seberang Perai Selatan

Pejabat Daerah & Tanah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi

 

 

***Nota: Penerima yang diluluskan untuk mendapat wang ihsan ini, hendaklah datang mengikut masa yang telah ditetapkan sebagaimana tertera dalam resit kelulusan.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Pulau Pinang

By | 2017-12-19T17:05:45+00:00 December 9th, 2017|Media Statements|Comments Off on PEMBERIAN WANG IHSAN RM700 SECARA “ONE-OFF” DI BAWAH PROGRAM “PULAU PINANG BANGKIT”

About the Author: